Sila ‘bookmark’ page ini bagi memudahkan urusan anda


Aku bangga dengan seorang muslim, jika menimpa kepadanya suatu musibah ia ikhlas dan bersabar. Jika mendapatkan kebaikan, ia memuji Allah dan bersyukur

Monday, January 3, 2011

PISMP Matematik Ambilan Januari 2008

PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) Matematik Ambilan Januari 2008 adalah salah satu kursus yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis. Sebelum memasuki program ijazah, semua guru pelatih perlu melalui satu program pra-ijazah  iaitu Program Pra Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama satu tahun setengah di IPG. Kami mula mendaftarkan diri pada 10 Julai 2006 untuk mengikuti program PPISMP setelah berjaya melalui beberapa peringkat pemilihan ke IPG. Kebanyakkan daripada guru pelatih terdiri daripada pelajar lepasan SPM 2005. Selain itu terdapat juga mereka yang telah berjaya menamatkan program matrikulasi Kementerian Pelajaran tetapi beralih arah kepada bidang perguruan. 

Pada awalnya, kelas kami hanya terdiri daripada 18 orang sahaja iaitu 8 lelaki dan 10 perempuan pada hari pendaftaran. Namun keluaga kelas kami terus berkembang sehingga 23 orang pada tahun 2008 iaitu lelaki seramai 10 orang manakala perempuan seramai 13 orang. Mentor kepada kelas kami ialah Puan Mahani Binti Ahmad salah seorang pensyarah di Jabatan Sains & Matematik..... akan bersambung...

No comments: