Sila ‘bookmark’ page ini bagi memudahkan urusan anda


Aku bangga dengan seorang muslim, jika menimpa kepadanya suatu musibah ia ikhlas dan bersabar. Jika mendapatkan kebaikan, ia memuji Allah dan bersyukur

Monday, May 23, 2011

Terima Kasih Guru

Masih Jelas Diminda
Bisikan Suaramu..Memanggil
Di Situ Langkahku Bermula
Mengejari Cita..Kau Disisi

Lantas Ku Utuskan Lagu 
Untuk Menyatakan Terima Kasih Guru
Kerna Hulur Tanganmu
Ku Menghargai Setulus Jiwaku

Bicaramu Guru
Kan Ku Ingat Selalu
Menjadi Azimat
Hingga Ke Akhirnya

Guru..Ibarat Pelita
Sentiasa Menyinar
Kamar Hidupku..
Guru..Kau Pewaris Ilmu
Mendidik Diriku
Hinggaku Berjaya

Andai Diberi Peluang
Inginku Terbang Tinggi di Awangan
Kanku Petik Bintang-Bintang
Ku Jadikan Hadiah Untukmu
Moga Tuhan Merahmatimu
Terima Kasih…
.
Lirik: Mirwana

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru semua!!!

Assalamualaikum.....
Selamat Hari Guru kami ucapakan kepada semua pendidik dan bakal pendidik di IPG Kampus Perlis, khasnya buat Puan Mahani Binti Ahmad selaku mentor kami dan pensyarah-pensyarah matematik. Selain itu ucapan ini ditujukan juga kepada semua guru-guru kami dari sekolah rendah dan menengah yang telah berjaya mendidik dan mengasuh kami sehingga kami mampu berada di tahap ini untuk meneruskan legasi perjuangan seorang guru. Semoga hari guru yang disambut pada setiap 16 Mei ini akan menjadi pembakar semangat kepada semua pendidik untuk terus mengembeling idea dan tenaga dalam mendidik anak bangsa kita.

'Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara'

Jadual Peperiksaan Mei 2011 - PISMP Sem7

Jadual Peperiksaan Mei 2011 - PISMP Sem7

Memo Jadual Peperiksaan Mei 2011

Memo Jadual Peperiksaan Mei 2011