Sila ‘bookmark’ page ini bagi memudahkan urusan anda


Aku bangga dengan seorang muslim, jika menimpa kepadanya suatu musibah ia ikhlas dan bersabar. Jika mendapatkan kebaikan, ia memuji Allah dan bersyukur

Wednesday, January 5, 2011

bila putus kasih....


biasalah tu… setiap yang bermula, pasti ada pengakhirannya kan? macam tu jugalah dengan percintaan ni. mula- mula korang berpasangan tu, mesti sweet habislah, lama2 gaduh2 biasa, kadang2 sampai tak tahan, tu yang boleh jadi putus tu. 

bila dah putus tu, apa korang nak buat? alah, tak payahlah nak meraung nak menangis melalak lalak kan, benda dah jadi. putus cinta nih bukan pengakhiran segala- galanya. tolonglah berfikir macam orang dewasa sikit. tapi kalau mula2 tu, kalau nak nangis, nangis jelah puas2, lepas tu korang kena MOVE ON dan jangan menangis lagi sebab putus cinta nih. 

tapi, pelik tak kalau aku yang cengeng(kuat nangis la) ni, tak menangis bila putus cinta? yelah, aku nih sikit2 nangis, sedih sikit nangis. tak kuat langsung. tapi bila jadi kat aku macam nih, aku tak nangis. ada kawan aku cakap, aku kalau tak menangis, ada something wrong lah tu. tapi aku rasa biasa je. mungkin sebab aku memang nak, kan?

bila putus kan, aku tengok kalau perempuan selalu sangat nak bagi balik atau buang barang2 yang ex bagi tuh. kenapa? tahulah sebab nak lupakan dia kan? tapi betul ke boleh lupa? maybe, boleh lah ke arah melupakan tapi tak sepenuhnya. 

kalau aku, aku rasa orang dah bagi dulu, dah memang kita punya pun sebab hadiah kan… tak payahlah nak buang segala. kalau tak boleh juga, simpan je kat mana2, bagi adik ke. tak payah bagi balik kat dia atau buang. membazir je… tak baik tau membazir! hehe
mungkin ex kita tu bukan orang yang tepat untuk kita, kan?

Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Sumber dari blog In My Words

No comments: