Sila ‘bookmark’ page ini bagi memudahkan urusan anda


Aku bangga dengan seorang muslim, jika menimpa kepadanya suatu musibah ia ikhlas dan bersabar. Jika mendapatkan kebaikan, ia memuji Allah dan bersyukur

Monday, February 7, 2011

Selamat berpraktikum semua...

Assalamualaikum...
Selamat berpraktikum kepada semua guru pelatih khasnya dari kelas kita dan IPG Perlis. Untuk kelas kita yang baru hari ini mendaftar diri di sekolah, semoga semuanya berjalan lancar dan kita cepat untuk menyesuaikan diri dengan iklim sekolah. Pastikan yang lelaki tu hari ini semuanya sehabis smart yang boleh dan yang perempuan tu bagi molek-molek. Jangan lupa pesanan Puan Mahani dan pesanan pensyarah-pensyarah yang lain =),  Wasalam...

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

Thursday, January 27, 2011

Kerja rumah masa cuti (URGENT MQA)

Assalamualaikum semua,
Anda semua diminta untuk menyediakan item-item berikut dalam bentuk salinan dan perlu diserahkan selewat-lewatnya pada minggu pertama selepas cuti Tahun Baru Cina. Profil pelajar anda boleh download dari sini dan lengkapkan sebelum print. Gambar MESTI dilekatkan sekali.

Salinan-salinan tersebut ialah,

1. Surat Tawaran Asal daripada BPG masa PPISMP

2. Siji PPISMP (yg ada kumulatif pointer tu)

3. Semua Transkrip peperiksaan PPISMP (sem 1,2 dan 3)

4. Sijil SPM

5. Profil Pelajar (klik sini untuk download)

6. Kad Pengenalan

7. Surat Beranak/Birth Certificate

p/s: kepada sesiapa yang ada masalah untuk menyediakan item-item kat atas tu,abaikan dulu yang tak da tu dan sediakan yang mana ada.

http://www.mediafire.com/?229w9m9n44gv2o8